PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memutuskan supaya Allahyarham Tun Rahah Mohd. Noah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara.
Menurut Perdana Menteri, jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara pada esok.
Pada masa sama, Muhyiddin mengucapkan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh keluarga di atas pemergian ibunya.
“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Najib Tun Razak dan seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Tun Rahah.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan menempatkan beliau bersama-sama golongan yang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhyiddin semalam berkesempatan meluangkan masa menziarahi balu kepada Perdana Menteri kedua, Tun Abduk Razak di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. -UTUSAN ONLINE