Isteri Muhammad Syafiq keluar wad, pulang berehat di Kedah

Isteri Muhammad Syafiq keluar wad, pulang berehat di Kedah

AHMAD IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Isteri pemain skuad Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, akan terus mendapat rawatan susulan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini selepas dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) Sabtu lalu.

Nur Amalina Nurain, 25, ketika ini juga sudah berada di kampung halaman keluarganya di Pendang, Kedah selepas bertolak dari Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat pada lewat petang Sabtu lalu.

Menurut bapa Muhammad Syafiq, Ahmad Ibrahim, 56, menantunya itu semakin tenang dan ceria disamping suami  dan anaknya, Aaira Nur Saffiya, 2.  

Tambahnya, dia dan isteri juga akan ke kediaman keluarga menantunya itu hari ini untuk bertemu mereka.

Mengenai Muhammad Syafiq, Ahmad menyifatkan yang anaknya itu seorang yang kuat semangat dan sepenuh masanya kini hanya untuk isteri dan anaknya.

“Muhammad Syafiq kini memberikan sepenuh masa kepada keluarganya termasuk memberi semangat kepada isteri. Saya percaya, dia mampu melakukannya.

“Riak wajah Muhammad Syafiq  juga kembali ceria berbanding pada awal kejadian lalu. Dia dilihat mencium pakaian anak bongsunya, Muhammad Aisy Saqeef pada malam selepas pengebumian arwah,” ujarnya.

Dalam kejadian pada 6 Disember lalu, tiga terbunuh, manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang dipandu Muhammad Syafiq terbabas di kilometer 163.6 Lebuh raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini kira-kira pukul 4 pagi.

Antara yang maut, bayi Muhammad Syafiq yang berusia 22 hari, Muhammad Aisy Saqeef, ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan wanita warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Muhammad Syafiq yang juga penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) II itu dan Aaira Nur Saffiyya hanya cedera ringan manakala Nur Amalina dilaporkan parah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya