Isi masa siapkan bubu kerisi - Utusan Malaysia

Isi masa siapkan bubu kerisi

Mohamad Sabri Mhd. Nor menyusun bubu sebagai persediaan untuk pergi ke laut di Jeti Nelayan Tanjung Api Kuantan. – MINGGUAN/SHAIKH AHMAD RAZIF SHAIKH MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bagi nelayan, masa terluang tidak dapat ke laut kerana angin kencang dan laut bergelora pada musim tengkujuh bukan masa untuk berehat tetapi dimanfaatkan dengan aktiviti faedah.

Selain menjahit pukat yang koyak, menghasilkan bubu bagi ‘menjerat’ ikan kerisi menjadi aktiviti golongan nelayan mengisi masa lapang mereka.

Bagi Mohamad Sabri Mhd. Nor, 32, tiada istilah duduk sahaja bagi nelayan walaupun tidak dapat ke laut disebabkan keadaan laut bergelora.

“Sudah lebih seminggu saya tidak ke laut ekoran musim tengkujuh, tapi saya tidak duduk saja sebaliknya bersama rakan-rakan buat bubu kerisi.

“Kami telah menyiapkan 60 bubu kerisi yang mengambil masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di Jeti Nelayan Tanjung Api di sini semalam.

Bubu kebiasaannya diperbuat dari buluh dan digunakan di kawasan sungai atau tasik yang tidak begitu dalam kerana buluh adalah pilihan terbaik kerana buluh senang didapati.

Selain itu, terdapat juga bubu diperbuat dari kawat bagi kegunaan menangkap ikan di dasar laut.

Bagi bubu kerisi yang dihasilkan Mohamad Sabri dan rakan-rakannya, ia menggunakan kawat.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya