Intai wanita dalam tandas, penjawat awam direman - Utusan Malaysia

Intai wanita dalam tandas, penjawat awam direman

TANGKAP layar menunjukkan seorang lelaki memasuki tandas wanita di sebuah stesen minyak di Jalan Cinta Sayang, Sungai Petani kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang penjawat awam direman selama dua hari bagi membantu siasatan selepas disyaki mengintai wanita dalam tandas di sebuah stesen minyak di Jalan Cinta Sayang di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 36 tahun itu direman bermula hari ini sehingga esok.

Adzli berkata, suspek ditahan ketika hadir ke balai polis pada pukul 5.20 petang semalam untuk membuat penafian berhubung laporan yang dibuat wanita berkenaan.

“Hasil soal siasat, suspek tidak mengaku mengintai seperti yang didakwa pengadu, malah dia mengaku masuk ke tandas wanita kerana sakit perut disebabkan kononnya tandas lelaki berkunci.

“Bagaimanapun kita dapati keterangan yang diberikan suspek meragukan dan dia ditahan bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, suspek didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing terhadapnya juga mendapati bebas daripada pengaruh dadah,”

Katanya, kes kini sedang disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kesalahan Kecil. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya