Inisiatif Shell sokong Program Food Bank Malaysia

Inisiatif Shell sokong Program Food Bank Malaysia

HASNOL Zam Zam Ahmad (kiri) dan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Shairan Huzani Husain melihat barangan keperluan inisiatif Peti Makanan Komuniti dan Sudut Barangan Komuniti di Stesen Minyak Shell Presint 18, Putrajaya hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyambut baik inisiatif Shell dalam melaksanakan Peti Makanan Komuniti dan Sudut Barangan Komuniti di 48 rangkaian stesen minyak terpilih di seluruh negara.

Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, inisiatif yang diperkenalkan itu membantu golongan memerlukan khususnya yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata, dua inisiatif itu menyediakan kemudahan kepada mereka yang memerlukan bagi mendapatkan akses bekalan makanan.

“Peti Makanan Komuniti menyediakan satu ruang bagi meletakkan barangan kering yang didermakan pelanggan Shell.

“Program ini sekali gus dapat meringankan bebas kos sara hidup yang dihadapi mereka di samping meningkatkan kesedaran rakyat untuk saling membantu antara satu sama lain,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Stesen Minyak Shell, Presint 18, di sini hari ini.

Katanya, Sudut Barangan Komuniti pula adalah penjualan barangan makanan asas dengan harga berpatutan seperti tepung, gula, makanan bertin dan lain-lain.

Hasnol Zam Zam berkata, rangkaian stesen minyak Shell turut mengambil inisiatif untuk menjual roti Gardenia dengan harga tawaran serendah RM1 pada setiap Rabu menerusi kempen Wow Wednesday sehingga 17 Februari tahun depan tertakluk kepada syarat.

Dalam pada itu, beliau berkata, inisiatif ini juga bertepatan dengan hasrat kerajaan bagi meringankan kos sara hidup rakyat terutama yang terkesan dengan pandemik Covid-19 seperti pelaksanaan Program Food Bank Malaysia yang diterajui kementerian.

Menurutnya, kementerian juga berharap inisiatif ini akan diperluaskan kepada Iebih banyak stesen Shell yang lain. 

Sementara itu, beliau difahamkan, stesen minyak lain seperti Petronas juga akan memulakan program seumpama itu awal tahun depan iaitu menyediakan barangan makanan segar dan sayur-sayuran di stesen minyak terpilih pada harga lebih murah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya