Industri pelancongan Langkawi rugi RM1.7 bilion  - Utusan Malaysia

Industri pelancongan Langkawi rugi RM1.7 bilion 

Zainudin Kadir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Industri pelancongan di  Langkawi  mengalami kerugian kira-kira RM1.7 bilion pada sepanjang tahun ini akibat penularan Covid-19 di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata, ia susulan kemerosotan kedatangan pelancong yang teruk sejak Mac apabila sekadar mencatat seramai 1.16 juta  berbanding 3.96 juta  yang dicatatkan tahun lepas.

Menurutnya, kesemua pelancong yang berkunjung ke pulau peranginan itu pada tahun ini merupakan pelancong domestik sahaja. 

“Situasi di Langkawi sangat genting, sebagai contoh hotel di bawah LTA, sebanyak 40 peratus terpaksa ditutup sementara kerana tidak mampu tampung kos operasi.

“Lebih parah, sebanyak 60 peratus pekerja diberhentikan dan banyak syarikat berkaitan pelancongan turut gulung tikar daripada ejen sehingga pengusaha kereta sewa.

“Sekarang, mereka hanya mampu bertahan dengan menjual aset yang ada,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, sektor pelancongan di pulau tersebut memerlukan tindakan segera dalam memastikan ia tidak lumpuh sepenuhnya.

“Semua harus terima kenyataan bahawa 90 peratus hasil pendapatan Langkawi adalah daripada pelancongan. Jika pelancongan lumpuh impaknya adalah ke atas penduduk,” ujarnya.

Mengulas lanjut, kata beliau, pihaknya berterima kasih dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan dengan menamatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) lebih awal bagi Kedah dan Perlis.

“Ekoran itu kita nampak sikit peningkatan iaitu 20 peratus sejak PKPB ditamatkan. Namun, sasaran kita adalah sehingga 50 peratus.

“Saya percaya ia mampu dicapai apabila PKPB ditamatkan terutama di kawasan lembah Klang, “ jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya