Industri jualan langsung catat jualan RM20b - Utusan Malaysia

Industri jualan langsung catat jualan RM20b

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Industri jualan langsung diyakini mampu mencatatkan nilai jualan mencecah RM20 bilion menjelang akhir tahun ini walaupun berdepan cabaran ekonomi semasa dan Covid-19.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keyakinan terbabit berdasarkan rekod sehingga September lalu apabila industri jualan langsung mencatatkan nilai jualan RM17.8 bilion.

Katanya, itu juga bersandarkan prestasi positif, terutama nilai jualan dicatatkan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini bermula pada 2018 (RM15.9 bilion) dan tahun lalu (RM17 bilion).

“Prestasi terbabit meletakkan Malaysia pada pada kedudukan ketujuh di peringkat global dan tempat keempat di Asia Pasifik dari segi rekod nilai jualan dalam Laporan Jualan Peruncitan Jualan Langsung Global 2019 – Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Dunia (WFDSA).

“Ini diyakini berupaya membantu usaha kerajaan, khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merancakkan semula pertumbuhan ekonomi domestik negara susulan penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya