Imran Khan rasmi AirSial dari Sialkot - Utusan Malaysia

Imran Khan rasmi AirSial dari Sialkot

PENERBANGAN AirSial dilancarkan sebagai perkhidmatan swasta ketiga Pakistan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan merasmikan AirSial – syarikat penerbangan swasta baharu negara ini.

Gulf News melaporkan, majlis perasmian itu diadakan di bandar industri terkenal Pakistan, Sialkot.

Ini merupakan syarikat penerbangan swasta ketiga di Pakistan selepas Airblue dan Serene Air.

Dengan tiga pesawat Airbus A320-200s, AirSial akan memulakan operasi ke dan dari Karachi, Islamabad, Lahore, Sialkot dan Peshawar sebelum memperluaskan operasi.

Imran mengucapkan tahniah kepada komuniti perniagaan Sialkot yang bersemangat atas usaha mereka untuk Pakistan dengan membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Sialkot, lapangan terbang milikan swasta pertama negara seterusnya ‘menerbitkan’ perkhidmatan syarikat penerbangan Sialkot.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya