Hutang 17 pemaju PR1MA RM172 juta selesai - Zuraida - Utusan Malaysia

Hutang 17 pemaju PR1MA RM172 juta selesai – Zuraida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah melunaskan hutang 17 pemaju projek Perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bernilai RM172 juta setakat ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pembayaran tersebut dibuat berdasarkan beberapa penilaian seperti pra pembangunan, kos kerja dan faedah atas kelewatan.

ZURAIDA KAMARUDDIN

Katanya, kerajaan berjaya menurunkan 30 peratus daripada tuntutan dengan menggunakan kaedah penilaian berkenaan.

“Kita sasarkan pada tahun 2023 segala hutang dapat dibayar dan kita tidak minta kerajaan Pusat untuk membayar hutang. Kita akan jual rumah yang ada dan lupuskan hutang.

“Kita akan gunakan kaedah lain termasuk menjalinkan kerjasama dengan agensi seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN). Kita nak ‘cross business’ dan buat keuntungan,” katanya dalam sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan Chow Kon Yeow ( Tanjung-PH) berkenaan jumlah yang dibelanjawakan untuk program PR1AM dan berapa jumlah untuk menyelesaikan hutang kepada pemaju serta pembeli PR1MA. 

Dalam pada itu Zuraida berkata, PR1MA telah melaksanakan Pelan Rasionalisasi Projek PR1MA sejajar dengan Surat Pekeliling Penambahbaikan Tadbir Urus dan Pelaksanaan Perolehan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan bertarikh 29 Jun 2018.

“Sebarang projek dengan peratus kemajuan pelaksanaan projek 15 peratus dan ke bawah hendaklah ditangguhkan dan perlu dikaji semula,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya