Harga bawang, cili pulih tahun baharu 2021 - Utusan Malaysia

Harga bawang, cili pulih tahun baharu 2021

ROSOL Wahid.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Harga bawang dan cili yang melambung di pasaran pada masa ini dijangka pulih menjelang tahun baharu 2021.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid yakin isu kenaikan harga kedua-dua barangan itu tidak akan berpanjangan dan bakal selesai dalam masa terdekat. 

“Saya mendapat laporan harga bawang dari India meningkat dan mungkin menjelang tahun baharu masalah ini akan selesai bergantung kepada suasana di India yang banjir pada masa ini. 

“Pada hujung tahun memang ada masalah cili disebabkan bencana banjir di beberapa tempat misalnya di Cameron Highlands dan insyaAllah pada bulan Januari tahun depan harga kembali stabil,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Menerong di Ajil di sini hari ini. 

Dalam perkembangan sama, Rosol turut menyarankan orang ramai agar memilih bawang selain dari India bagi mengelak mereka terbeban dengan kenaikan harga mendadak barangan tersebut. 

“Kita akui bawang dari India aromanya lebih enak tetapi masih ada alternatif lain yang boleh digunakan pengguna. 

“Kita mohon pengguna supaya memilih bawang dari China, Pakistan atau Holland yang harganya tidak berubah dan usah membeli bawang India yang jauh lebih mahal,” katanya. 

Utusan Malaysia melaporkan keluhan pengguna di beberapa negeri apabila harga barangan itu dikatakan naik sehingga tiga kali ganda termasuk di Pasar Besar Sena di Kangar, Perlis. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya