Harap hanya lanjut PKPB di lokasi terkesan - Utusan Malaysia

Harap hanya lanjut PKPB di lokasi terkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan negeri berharap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini jika dilanjutkan hanya dilaksanakan di lokasi bersasar iaitu mukim atau lokaliti yang terkesan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan membawa cadangan tersebut kepada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dijadualkan bermesyuarat esok.

Menurut beliau, setakat ini terdapat 14 kluster aktif Covid-19 di negeri ini dengan dua kawasan iaitu Mukim 12 di daerah Barat Daya dan Mukim 13 (Timur Laut) masih berada di dalam zon merah.

“Kita mengharapkan supaya keputusan yang baik dapat dilaksanakan bagi mengimbangi aspek kesihatan awam serta pemulihan ekonomi yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pulau Pinang ketika ini sedang dalam perintah PKPB sejak 9 November lalu dan sepatutnya berakhir hingga 6 Disember ini bergantung kepada penilaian MKN berhubung status semasa kes positif Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya