Geng Mizan Gila aktif samun, pecah rumah - Utusan Malaysia

Geng Mizan Gila aktif samun, pecah rumah

AZHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Geng Mizan Gila yang aktif melakukan kegiatan samun dan pecah rumah tumpas susulan penahanan lapan lelaki termasuk ketua kumpulan itu dalam operasi khas di Yan serta Sungai Petani dekat sini sejak Selasa lalu.

Kesemua suspek berusia antara 19 hingga 45 tahun ditahan polis Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim mulai pukul 5.30 petang, Selasa lalu hingga 4 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, tangkapan tersebut berjaya menyelesaikan dua kes pecah kedai dan satu kes samun stesen minyak di sini pada awal bulan ini dengan kerugian kira-kira RM297,000.

Katanya, ketua kumpulan berusia 45 tahun yang mempunyai 27 rekod jenayah lampau antaranya berkaitan dadah, samun dan pecah rumah ditahan di Pantai Murni, Yan kira-kira pukul 5.30 petang, Selasa lalu.

“Kita merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai digunakan untuk menyimpan barang curi dan samun,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya