Geng Ho Kia bersenjata kuku kambing, parang tumpas - Utusan Malaysia

Geng Ho Kia bersenjata kuku kambing, parang tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Geng Ho Kia yang berleluasa melakukan kegiatan mencuri kenderaan dan pecah rumah di sekitar kawasan bandar raya ini tumpas selepas tiga ahlinya diberkas polis dalam Op Lejang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah telah membuat tiga serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Ulu Tiram antara pukul 1 hingga 7 pagi.

Beliau berkata, hasil serbuan itu, polis berjaya menangkap tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 22 hingga 36 tahun yang merupakan ahli Geng Ho Kia terbabit.

“Polis turut merampas dua kereta dan pelbagai peralatan yang tajam seperti kuku kambing, pemotong besi dan parang yang dipercayai digunakan dalam kegiatan pecah rumah di sekitar kawasan Johor Bahru.

“Semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah dan kes dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Padzli berkata, kesemua suspek direman mulai hari ini hingga 12 Disember bagi membantu siasatan.

“Pihak polis mohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh menghubungi terus di talian hotline 07-2182323,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan laitu melakukan kesalahan mencuri kenderaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya