Gadis lembu tidak kisah bergelumang najis, bau busuk - Utusan Malaysia

Gadis lembu tidak kisah bergelumang najis, bau busuk

Nur Hidayu dari Kampung Pantai Ali, Hulu Terengganu digelar gadis lembu kerana terlibat secara serius menguruskan 10 lembu ternakan yang dianggap sebagai sahabat karib.-UTUSAN/ NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang remaja wanita berusia 20 tahun dari Kampung Pantai Ali di sini sanggup bergelumang najis dan bau busuk lembu untuk terus mengusahakan ternakannya walaupun pernah menerima tawaran menyambung pengajian di peringkat diploma.

Nur Hidayu Rosli yang digelar gadis lembu tidak pernah menyesal dengan keputusannya, bahkan cukup bahagia kerana dapat mencurahkan kasih sayang kepada kesemua 10 lembunya yang sudah dianggap sebagai rakan karib.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik ini, dia mula didedahkan dengan ternakan lembu sejak kecil lagi dan terlibat secara serius setelah tamat tingkatan lima.

“Selepas ayah meninggal dunia Mac lalu akibat kanser hati saya mengambil-alih sepenuhnya ternakan ini dengan dibantu abang, Muhammad Faizal, 27.

“Sehari tidak mengusap lembu-lembu ini, rasa tidak lengkap hidup dan saya pernah menolak tawaran menyambung pelajaran ke sebuah universiti awam tempatan dalam bidang berkaitan seni hanya kerana tidak mahu berpisah dengan ternakan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurut Nur Hidayu, menjadi rutin hariannya membawa 10 rakan karib ke kawasan padang sejauh kira-kira 200 meter dari rumah untuk makan di samping beberapa kali menjenguk sebelum membawa kesemua lembu itu pulang menjelang senja.

Katanya, kesemua lembu dipelihara itu mempunyai nama masing-masing antaranya Jantan, Putih, Merah, Siti, Kembang dan Sor.

“Lembu-lembu ini turut menjadi tempat saya meluahkan suka-duka selain dengan ibu, Zaini Muda, 60. Boleh dikatakan masa saya banyak dihabiskan untuk menguruskan ternakan.

“Gara-gara mencari lembu, saya pernah pusing keliling kampung sehingga lewat malam dengan tangan berdarah terkena paku selain hampir tersadung atas jalan raya semasa mengheret haiwan ternakan,” katanya yang turut memelihara 13 kucing terbiar.

Dalam pada itu, Nur Hidayu bercadang menambah lagi bilangan lembunya di samping berminat untuk menternak kambing pada masa akan datang. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya