Enam sekeluarga cedera kenderaan terbalik - Utusan Malaysia

Enam sekeluarga cedera kenderaan terbalik

KEADAAN kenderaan yang dinaiki enam sekeluarga yang terbalik dalam kemalangan di Kilometer 242.1 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), dekat sini, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Perjalanan enam sekeluarga ‘berakhir dengan tragedi’ apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 242.1 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), dekat sini petang tadi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.23 petang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Fuad Majid, pasukannya tiba di lokasi pada pukul 4.42 petang dan sebaik sahaja tiba, kesemua mangsa telah keluar dari kenderaan yang terbalik itu.

“Kemalangan berkenaan tidak membabitkan kenderaan lain dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu sumber polis berkata, berdasarkan siasatan awal didapati kenderaan berkenaan hilang kawalan dipercayai susulan terlanggar lopak air dan terbabas lalu terbalik di sebelah kiri.

“Ketika kejadian, cuaca dalam keadaan hujan lebat. Bagaimanapun, aliran trafik masih lancar dan terkawal. Pemandu dan lima penumpang terdiri daripada suami, isteri dan empat anak mengalami kecederaan ringan dan telah di bawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya