Empat penjenayah mati ditembak - Utusan Malaysia

Empat penjenayah mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Empat penjenayah maut dalam kejadian tembakan di Sungai Buloh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari, kesemua lelaki berusia lingkungan 20-an itu dipercayai baru sahaja terbabit dalam kes samun di sebuah rumah di Taman Pelangi, Rawang.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, hasil maklumat dan rondaan di kawasan sekitar, pasukan pemantau berjaya mengesan kereta Perodua Axia dinaiki kesemua suspek berhampitam Hospital Sungai Buloh kira-kira pukul 1 tengah hari.

Ujarnya, kesemua suspek cuba melarikan diri dan menyebabkan pihaknya terpaksa mengejar kereta dinaiki mereka hingga ke kawasan Jalan Kuala Selangor.

“Dalam kejadian itu, kereta dinaiki kesemua suspek telah melanggar seorang penunggang motosikal wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan dan menyebabkan mangsa diseret dan digilis beberapa meter.

“Ketika cuba ditahan, suspek kemudian mengundurkan kereta mereka menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan apabila seorang daripada mereka keluar dari kereta bersenjatakan parang,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, tambah Arjunaidi, tembakan juga terpaksa dilepaskan bagi menyelamatkan penunggang motosikal yang dilanggar mereka.

Kata Arjunaidi, semakan mendapati kumpulan itu memang dikehendaki polis kerana terbabit dalam lebih 50 kes samun bertopeng sejak awal tahun ini.

“Dua daripada suspek mempunyai rekod dikehendaki polis kerana lari daripada perintah sekatan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

“Semakan juga mendapati kereta yang digunakan itu ada rekod samun di Petaling Jaya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Arjunaidi memberitahu, modus operandi kumpulan itu adalah menyamun rumah yang tidak menutup pintu pagar selain memakai topeng atau topi keledar dan bersenjatakan parang.

“Hasil pemeriksaan lanjut, senjata digunakan kumpulan terbabit turut ditemukan di dalam kereta dinaiki kesemua suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan saki baki kumpulan ini,” katanya – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya