Duti eksais rokok elektronik, vape bermula 1 Januari depan - Utusan Malaysia

Duti eksais rokok elektronik, vape bermula 1 Januari depan

Abdul Latif Abdul Kadir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Duti eksais akan dikenakan ke atas peranti rokok elektronik, peranti rokok bukan elektronik dan cecair rokok elektronik termasuk cecair, gel vape tanpa nikotin bermula 1 Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, duti eksais akan dikenakan ke atas barangan terbabit semasa pengimportan dan pelepasan daripada pengilang tempatan. 

Katanya, pengilang tempatan perlu dilesenkan mengikut Seksyen 20 Akta Eksais 1976 dengan bayaran lesen sebanyak RM4,800.00 setahun.

“Bagi bayaran lesen gudang mengikut Seksyen 25 Akta Eksais 1976 adalah sebanyak RM2,400.00 setahun.

“Barang dikenakan duti eksais adalah peranti rokok elektronik di bawah kod tarif 8543.70.9010 pada kadar 10 peratus ad valorem, peranti bukan elektronik di bawah kod tarif 9614.00.9010 pada kadar 10 peratus ad valorem serta cecair rokok elektronik dan Cecair vape yang tidak bernikotin di bawah kod tarif 3824.99.9920 pada kadar RM0.40/milimeter,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Latif berkata, pengilang-pengilang tempatan hendaklah membuat permohonan lesen di JKDM mengikut di mana premis mereka berada sebelum 15 Disember 2020.

“Dokumen yang perlu dibawa untuk tujuan pelesenan adalah surat permohonan lesen eksais, borang JKDM No. 1 yang lengkap diisi, Sijil Pendaftaran Perniagaan atau Syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Selain itu, pelan dan lukisan premis pengilangan, senarai bahan mentah, senarai barang siap, carta alir proses pengilangan, kapasiti pengeluaran setahun dan Pengakuan mengenai kandungan nikotin dalam cecair rokok elektronik,” katanya.

Tambahnya, pemegang lesen dikehendaki mematuhi syarat-syarat pelesenan dan mengemukakan Jaminan Bank untuk menjamin keselamatan hasil duti atau cukai.

Sebarang pertanyaan bolehlah melayari laman web rasmi JKDM di http://www.customs.gov.my/ms/pages/utama.aspx 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya