Duda, bujang terlajak dapat rumah idaman - Utusan Malaysia

Duda, bujang terlajak dapat rumah idaman

LEE Ah Wong (kiri) dan Ismail Mohd. Nor menunjukkan kain rentang projek Rumah Rakyat Pahang (RRP) di Kampung Limau Manis, Mela Lipis, Pahang hari ini. -UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Lelaki bujang warga emas dan duda tiga anak bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana impian mereka memiliki Rumah Rakyat Pahang (RRP) akhirnya menjadi kenyataan.

Bagi Ismail Mohd. Nor, 55, yang lebih lapan tahun menduda berkata, selama ini dia bersama tiga anaknya berusia antara 10 hingga 17 tahun tinggal di rumah yang disewa. 

“Alhamdulillah, apabila memiliki rumah RRP ini, ia ibarat istana bagi kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada majlis penyerahan kunci rumah berkenaan di Kampung Limau Manis, Mela di sini semalam. 

Majlis penyampaian kunci rumah berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Lee Ah Wong. 

Imam Masjid Kuala Lentang, Mohd. Salleh Aman, 65, yang masih membujang sehingga kini berkata, dia tidak menyangka impian memiliki rumah sendiri menjadi realiti ibarat mimpi menjadi nyata.

Jelasnya, sebelum ini dia tinggal seorang diri di rumah pusaka yang uzur akibat sering dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh.

“Rumah RRP ini cantik dan mempunyai tiga bilik. Kalau ditakdirkan Allah SWT mungkin saya mencari pasangan hidup jika ada jodoh,” katanya.

Sementara itu, Ah Wong berkata, projek RRP adalah cetusan idea Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang peka dengan rakyat yang tidak memiliki rumah sendiri.

Menurutnya, setiap ADUN diberi dua buah rumah untuk ketua keluarga yang benar-benar layak setelah melepasi kriteria ditetapkan oleh jawatankuasa pemilihan di peringkat daerah.

“Kerajaan negeri komited dalam meneruskan agenda mensejahterakan rakyat dan memastikan setiap keluarga mempunyai sebuah rumah yang selesa,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya