Dua tekong Vietnam didenda RM700,000 - Utusan Malaysia

Dua tekong Vietnam didenda RM700,000

TEKONG bot warga Vietnam, Vu Truong Giang, 33, didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen Kemaman di Kemaman hari ini atas kesalahan menceroboh perairan negara pada 16 Ogos lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang tekong bot warga Vietnam didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan menceroboh perairan negara pada 16 Ogos lalu.

Hakim Azman Mustapha turut memerintahkan tertuduh, Vu Truong Giang, 33, dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(3) Akta Perikanan 1985 kerana gagal memaklumkan kepada pegawai berkuasa melalui radio, teleks atau faksimili sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris tentang nama, bendera, lokasi, jalan dan destinasi serta keadaan bot yang memasuki perairan Malaysia.

Selain itu, 11 kru bot terbabit diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi tujuan pengusiran.

Di mahkamah sama, seorang lagi tekong bot warga Vietnam, Tran Van Lam, 55, didenda RM400,000 manakala 14 awak-awak didenda RM40,000 selepas mengaku bersalah menangkap ikan di perairan negara pada 10 Oktober lalu.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Sekyen 15(1)(a), Akta Perikanan 1985.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua bot itu dan segala peralatan menangkap ikan dilucut hak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya