Dua rakan edar ganja 100kg berdepan hukuman gantung - Utusan Malaysia

Dua rakan edar ganja 100kg berdepan hukuman gantung

Tertuduh (baju merah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kangar, Perlis hari ini, selepas didakwa atas tuduhan memiliki dadah jenis ganja dan methamphetamine pada September lalu.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Dua rakan berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 100 kilogram (kg) dan 126 kg methamphetamine di Felda Rimba Emas, Padang Besar, 2 September lalu.

Tertuduh terbabit adalah Muhammad Fhirdaus Abdullah, 21 dan Mohamad Zamidie Mat, 31.

Kedua-dua mereka tiba di pekarangan mahkamah secara berasingan antara pukul 9 pagi hingga 9.12 pagi diiringi pegawai polis.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa mengedar  ketulan ganja mampat seberat 100 kg dan methamphetamine seberat 126 kg di sebuah rumah di Felda Rimba Mas, Padang Besar, 2 September lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39(B)(2) akta sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Poh Yi Tying sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Syed Muhammad Annuar Syed Lokman Hakim.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 21 Februari  depan untuk serahan laporan kimia.

Pada 2 September lalu, polis Perlis merampas 126 kg methamphetamine dan 100 kg ganja yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM6.58 juta di Felda Rimba Emas, Padang Besar.

Rampasan dadah tersebut merupakan yang terbesar dalam sejarah polis negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya