Dua kanak-kanak antara tiga maut kebakaran rumah kedai - Utusan Malaysia

Dua kanak-kanak antara tiga maut kebakaran rumah kedai

ANGGOTA bomba memadam kebakaran di sebuah rumah kedai di Taman Bandar Baru di Kampar, Perak hari ini. - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Dua kanak-kanak antara tiga yang maut dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Taman Bandar Baru di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, tiga mangsa yang maut ialah seorang perempuan berumur 35 tahun, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kanak-kanak perempuan 12 tahun.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.03 pagi.

“Kesemua mangsa yang  melecur dijumpai di atas katil dalam bilik bangunan rumah kedai yang terbakar.

“Semua mangsa dibawa keluar dari bilik dan dihantar ke hospital,” katanya.

Setakat ini butiran mangsa belum diperoleh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya