Dua ditahan seludup rokok bernilai RM203,700 - Utusan Malaysia

Dua ditahan seludup rokok bernilai RM203,700

ANTARA rokok tidak bercukai yang dirampas polis di sekitar Kuala Selangor, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Cubaan dua lelaki membawa rokok seludup menggunakan sebuah van membongkar penemuan ribuan karton barangan tidak bercukai itu di sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, kedua-dua suspek berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan di hadapan Masjid Jamek Sultan Ibrahim di sini kira-kira pukul 2 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas van dinaiki mereka kemudian menemukan sebanyak 945 karton rokok pelbagai jenama. 

“Siasatan dijalankan terhadap kedua-dua suspek telah membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Kampung Pasir Tuntong, Bukit Rotan, di sini dan menemukan 2,450 karton rokok.

“Siasatan mendapati kesemua rokok yang dirampas dianggarkan berjumlah RM203,700 tidak bercukai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ramli, kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya