DOSM dedah ternakan babi tertinggi di Perak, atasi Sarawak - Utusan Malaysia

DOSM dedah ternakan babi tertinggi di Perak, atasi Sarawak

PERAK juga muncul sebagai negeri paling tinggi dalam penternakan itik di Malaysia. - GAMBAR IHSAN FACEBOOK, Penternakan Sumber Unggas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selain muncul sebagai negeri paling tinggi dalam penternakan itik di Malaysia, Perak juga terus unggul sebagai negeri yang paling banyak ternakan babi di negara ini.

Menurut Indikator Pertanian Terpilih 2020 diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini, negeri itu berjaya menternak 545,258 ekor babi secara komersial pada 2019.

Ia turut mengatasi Sarawak yang berada di tempat kedua dengan 427,037 ekor babi, Pulau Pinang (320,165), Selangor (265,847), Johor (262,178), Sabah (84,055) dan Melaka (41,328).

Apa yang menarik ketiga-tiga Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sifar langsung ternakan babi selain Terengganu dan Perlis yang bebas haiwan berkenaan.

Sementara Kelantan muncul sebagai negeri paling sedikit ada ternakan babi iaitu 84 ekor sahaja sepanjang tahun lalu diikuti Negeri Sembilan (629), Kedah (1,911) dan Pahang (3,893).

Bagaimanapun Perak juga berbangga sebagai negeri paling tinggi ternakan itik di Malaysia iaitu 7,463,087 ekor pada tahun lepas jauh meninggalkan Johor dengan 1,096,806 ekor.

Manakala tempat ketiga diraih oleh Pulau Pinang sebanyak 907,413 ekor disusuli Kedah (570,605), Melaka (82,985), Sabah (46,227), Kelantan (40,650) dan Terengganu (23,832).

Negeri yang paling kurang ternakan itik pula ialah Selangor dengan hanya 2,687 ekor diikuti Perlis (2,766), Negeri Sembilan (15,152), Pahang (19,005) dan Terengganu (23,832).

Laporan kajian DOSM itu turut melaporkan tiada ternakan itik secara komersial sepanjang tahun lepas di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sementara itu, Johor muncul sebagai negeri ternakan ayam paling besar di Malaysia apabila merekodkan 67,739,091 ekor pada tahun lalu berbanding saingan terdekatnya, Perak.

Ia sekadar mencatatkan 39,897,038 ekor ayam, disusuli Sarawak (33,903,152), Melaka (28,861,968), Kedah (22,214,035), Selangor (21,006,350) dan Negeri Sembilan (20,391,278).

Negeri terendah pula ialah Perlis dengan 697,572 ekor diikuti Terengganu (2,791,431), Sabah (5,806,236), Kelantan (6,014,923), Pulau Pinang (12,172,986) dan Pahang (12,769,836).

Sekali lagi, tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan langsung tiada ternakan ayam secara komersial yang dilakukan oleh penternak di kawasan berkenaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya