Dilantik jadi datuk bandar di California, Jocelyn kebanggaan Malaysia  -

Dilantik jadi datuk bandar di California, Jocelyn kebanggaan Malaysia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya bangga dan bersyukur dengan peluang untuk berkhidmat sebagai Datuk Bandar Eastvale.”

Itu kata-kata yang diberikan oleh seorang wanita warganegara Malaysia, Jocelyn Yow, 25, yang memecah rekod sejarah negara ini apabila dilantik sebagai Datuk Bandar di California, Amerika Syarikat (AS) sejak Rabu lalu. 

Jocelyn berkata, memegang amanah dan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada bayi berusia enam bulan turut menyuntik semangatnya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat di negara itu. 

“Walaupun ketika baru membina kerjaya dan kehidupan ibu bapa saya masih belum memiliki apa-apa, namun mereka selalu menekankan akan pentingnya perkhidmatan awam dan berkhidmat kembali kepada mereka,” katanya dalam satu perkongsian di Instagramnya semalam. 

Jocelyn merupakan anak kepada bapa berasal dari Malaysia manakala ibunya dari Vietnam. Pasangan itu kemudiannya berpindah ke AS untuk melanjutkan pengajian pada tahun 1980-an. 

Ketika datuknya disahkan menghidap penyakit barah, Jocelyn dan keluarganya berpindah kembali ke Malaysia pada tahun 1996 dan menetap di Alor Setar, Kedah selama lebih 10 tahun sekali gus membolehkan beliau mempelajari budaya dan warisan Malaysia. 

“Saya bangga menjadi seorang warga AS berdarah Malaysia, Vietnam dan Cina,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale pada 2018. -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya