Dewan Rakyat luluskan bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 - Utusan Malaysia

Dewan Rakyat luluskan bacaan kali ketiga Belanjawan 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 bacaan kali ketiga diluluskan di Dewan Rakyat sebentar tadi dengan sokongan 111 ahli Parlimen melalui undian secara belah bahagian.

Detik cukup mendebarkan itu tetap berpihak kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) meskipun blok pembangkang menentang dengan kekuatan penuh iaitu seramai 108 orang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan hanya seorang ahli Parlimen tidak hadir dalam sesi pengundian yang begitu getir menentukan untung nasib kerajaan.

Ahli Parlimen yang tidak hadir itu datang daripada blok kerajaan berikutan majoriti mudah adalah 112.

Kejayaan meluluskan Belanjawan 2021 itu secara jelas menolak dakwaan bahawa PN akan tumbang hari ini dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin kehilangan jawatannya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya