DETF berusaha percepat transformasi digital negara - Utusan Malaysia

DETF berusaha percepat transformasi digital negara

YOUTUBE adalah salah satu platform digital yang digunakan untuk pemasaran produk secara efektif. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasukan Petugas Ekonomi Digital (DETF) berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif dengan menetapkan asas pemulihan dan pemerkasaan ekonomi segenap aspek.

Ini meliputi usaha bagi mempercepatkan transformasi digital yang dapat memacu perniagaan dan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan sumber manusia melalui ekosistem berdaya boleh.

Menerusi kenyataan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, DETF turut bermesyuarat kali ketiga pada 20 November lalu.

“Pertemuan terkini itu bagi menggulung segala usaha pemerkasaan ekonomi digital sebelum diserap beberapa kluster berkaitan di bawah Majlis Ekonomi Digital dan 4IR  (revolusi industri keempat) Negara,” katanya.

Mesyuarat terbaharu itu jelas kenyataan tersebut telah dipengerusikan bersama oleh kedua-dua menteri berkenaan sendiri, iaitu Datuk Saifuddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin.

Ia memberi tumpuan kepada status pelaksanaan dua aliran kerja iaitu penggunaan e-Dagang dan e-Perolehan kerajaan yang dilihat wajar memerlukan intervensi selanjutnya.

“Ini termasuk kempen e-Dagang bagi perusahaan kecil, sederhana dan mikro (PKSM) serta Shop Malaysia Online di bawah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara,” jelasnya.

Menurut kenyataan tersebut, skim berkenaan telah memanfaatkan 115,000 usahawan PKSM dengan janaan jualan melebihi RM1.2 bilion sejak bermula dari Jun hingga September lepas.

Sementara inisiatif e-Usahawan pula berjaya membantu 54,500 peserta PKSM setakat Ogos lalu sekali gus mampu menggalakkan kelompok itu lebih menggunakan platform digital kerajaan.  

“PKSM diseru meningkatkan peluang dengan menyertai perolehan kerajaan dan mendaftar status melalui SME Corp bagi memudahkan memohon insentif bantuan disediakan,” katanya.

Dalam usaha untuk memangkin pertumbuhan perniagaan, Hala Tuju Strategik e-Dagang Negara 2.0 juga sedang dirangka dengan kerjasama rapat antara sektor awam dan swasta.

Sebagai peneraju DETF secara bersama, dua kementerian itu akan meneruskan agenda nasional memacu pembangunan ekonomi digital negara melalui pemerkasaan prasarana.

“Usaha ini dijangka menyokong kemajuan aplikasi teknologi semikonduktor baharu muncul dan bakal mendorong Malaysia daripada hanya sebagai pengguna kepada pencipta,” jelasnya.

Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bersidang kali pertama pada 10 November lalu yang merangkumi enam kluster.

Ia berperanan dalam meneruskan usaha aliran kerja DETF menerusi pelbagai kumpulan kerja inisiatif di bawah kluster yang berkaitan bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya