Dari Istana Kinta ke ketukan pintu Pandamaran - Utusan Malaysia

Dari Istana Kinta ke ketukan pintu Pandamaran

SALAH seorang mangsa menunjukkan pintu rumah yang seolah-olah digoncang dengan kuat dalam kejadian di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang, Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua story (berita) menjadi perhatian utama hari ini.

‘Misteri’ politik di Perak akhirnya tamat dengan ketiga-tiga parti: UMNO, Bersatu dan Pas secara rundingan bersetuju Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad dipilih sebagai Menteri Besar baharu Perak.

Kemudiannya, pemilihan itu diperkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Maka berakhirnya ‘misteri’ Perak yang sebelumnya penuh dengan teka-teki, kenyataan itu ini mengenai siapa bakal Menteri Besar Perak ke-14, menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang gagal meraih sokongan majoriti ADUN dalam undi percaya terhadap beliau.

Di sebalik heboh kisah politik di luar pintu Istana Kinta, pintu rumah penduduk di Kampung Pandamaran Jaya pula terus diselubungi misteri.

Jika sebelum ini hanya gangguan ketukan pintu, kini gangguan ‘merebak’ ke bumbung rumah pula.

Netizen kata, itu musang, ada pula kata itu hujan meteoroid.

Ada yang tulis: “Kenapa pengetuk pintu buat kerja rumah orang Melayu sahaja?”

Shah Al-Jamalullail pula menulis: “Pengalaman saya gangguan ini macam hatu raya tetapi cuma yang ini dia berpindah randah pula dari satu tempat ke tempat yang lain.”

Ira Dolna menulis: “Ada yang test power ilmu hitam kot ni.”

Begitulah antara pendapat netizen.

Bukan sahaja di Pandamaran, rupa-rupanya kes berlaku juga di Melaka dan Johor.

Semoga misteri ini dapat dirungkai dengan sebaiknya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya