DAP, PKR sedia kerjasama dengan UMNO - Utusan Malaysia

DAP, PKR sedia kerjasama dengan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: DAP dan PKR sedia bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan negeri Perak yang baharu.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, parti itu sedia bekerjasama dengan mana-mana parti untuk membentuk kerajaan negeri.

“Demi kepentingan rakyat, DAP Perak sedia bekerjasama dengan mana-mana parti untuk membantu membina sebuah kerajaan kuat dan stabil serta pelbagai kaum.

“Saya terbuka untuk sebarang perbincangan secara konstruktif, kami bersedia,” katanya menerusi pesanan aplikasi Whatsapp kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, parti itu juga terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO demi kestabilan dan kebaikan rakyat.

“PKR terbuka untuk bekerjasama demi kestabilan dan kebaikan untuk rakyat,” katanya.

Mereka mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi parti itu tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Ini berikutan keputusan Pas dan Bersatu yang tidak menyokong pembentukan kerajaan baharu di Perak selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal meraih sokongan majoriti daripada ahli DUN dalam usul undi percaya terhadap beliau kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya