Dakwaan skandal rasuah palsu cemar imej SPRM - Utusan Malaysia

Dakwaan skandal rasuah palsu cemar imej SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menerima satu maklumat yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp bertajuk ‘Konspirasi dan Skandal Rasuah di Malaysia’ mengguna nama penulis sebagai ‘Muhammad Fauzan bin Jamil’.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya telah menghubungi penama tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penulisan yang disebar luas oleh pihak tertentu.

Jelas SPRM, hasilnya penama tersebut menjelaskan menerusi WhatsApp bahawa beliau tidak mengetahui langsung berhubung penulisan yang tersebar itu menggunakan nama dan nombor kad pengenalannya.

“Perkara tersebut adalah palsu serta fitnah dan e-mel yang digunakan juga adalah palsu. Susulan itu, beliau akan membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut.

“SPRM memandang serius bentuk tohmahan yang sengaja diadakan dengan niat untuk mencemar imej suruhanjaya ini dan berharap pihak Polis Diraja Malaysia dapat menjalankan siasatan berhubung perkara itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya