Dadah paling tinggi, 2,742 rakyat Malaysia ditahan di luar negara

Dadah paling tinggi, seramai 2,742 rakyat Malaysia ditahan di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 2,742  rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan yang melanggar undang-undang ditetapkan.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaaffar berkata, daripada jumlah tersebut, 1,434 ditahan atas kesalahan dadah, penipuan 406 dan kes kad kredit palsu 132.

Katanya, selain itu bagi kesalahan berkaitan kastam dan imigresen pula masing-masing mencatatkan sebanyak 89 serta 66 kes.

“Perwakilan Malaysia di luar negara berperanan menghulurkan bantuan seperti memaklumkan penahanan kepada waris dan memastikan kebajikan, keselamatan serta kesihatan mereka terjaga.

“Perwakilan juga boleh kemuka senarai firma guaman sekiranya diperlukan. Selepas tahanan selesai menjalani tahanan perwakilan akan keluarkan sijil perakuan cemas sebagai dokumen sementara untuk pulang ke negara,” katanya dalam sesi jawab lisan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot (Serian- GPS) berkenaan status terkini bilangan rakyat Malaysia yang dipenjarakan di luar negara dan usaha untuk membantu mereka.

Dalam pada itu, Kamarudin berkata, kementerian juga akan memastikan  semua urusan dengan pihak berkuasa tempatan diselesaikan dengan lancar dan tahanan dapat pulang ke Malaysia dengan selamat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya