Cuepacs mahu agensi terlibat kartel dirombak - Utusan Malaysia

Cuepacs mahu agensi terlibat kartel dirombak

ADNAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan melaksanakan penstrukturan atau rombakan semula agensi yang terlibat dalam isu kartel daging halal palsu.

Presidennya, Adnan Mat berkata, sekiranya tiada tindakan drastik diambil untuk mereformasikan semula struktur agensi yang terlibat, pihaknya bimbang masyarakat sukar untuk memberikan kerjasama kepada penjawat awam yang menjadi nadi kepada jentera pentadbiran negara.

Pada masa sama, Cuepacs turut berharap agar kerajaan dapat memastikan setiap agenda dalam usaha memperkasakan penjawat awam dan sistem perkhidmatan awam dilaksanakan dengan jayanya selari dengan apa yang dirancang melalui Belanjawan 2021.

“Kami tidak mahu perkara yang telah dirancang melibatkan penjawat awam, pada akhirnya ditangguh dengan alasan untuk disemak dan dikaji semula,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Adnan, pihaknya memandang serius isu kartel daging halal palsu di negara ini selain berharap kerajaan dapat melaksanakan perancangan Belanjawan 2021 dengan jayanya.

“Isu ini sedikit sebanyak telah menjejaskan nama baik penjawat awam di negara ini yang turut terpalit walaupun mereka menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Adnan Mat menambah, penjawat awam pada tahun 2021 bukan sahaja perlu terus menggalas tanggungjawab mengekang penularan Covid-19, bahkan perlu memastikan setiap perancangan kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara dapat dilaksanakan.

“Setiap kerja dan tugas mereka sudah tentu akan menjadi lebih mudah jika mendapat sokongan dan kerjasama daripada rakyat.

“Jika ada satu dua kes pelanggaran integriti, janganlah disalahkan kesemua 1.7 juta warga penjawat awam,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya