Cubaan bawa masuk limau tanpa permit gagal - Utusan Malaysia

Cubaan bawa masuk limau tanpa permit gagal

SEBAHAGIAN buah limau yang dirampas oleh Maqis di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kubamg Pasu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah berjaya mematahkan cubaan membawa masuk 175 kilogram (kg) limau dari Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini pada semalam.

Rampasan dilakukan hasil pemeriksaan rutin ke atas sebuah lori dari Thailand masuk kira-kira pukul 6.15 petang.

Pengarahnya, Lily Rosalind Paul berkata, pemeriksaan ke atas lori itu mendapati bekalan limau tersebut yang bernilai RM350 tidak mempunyai permit import sah dikeluarkan Maqis.

“Kita bertindak merampas dagangan itu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengimport keluaran pertanian tanpa permit.

“Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya akan sentiasa mengambil langkah serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan serangga perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya