Cuaca cerah, mangsa banjir Terengganu menurun - Utusan Malaysia

Cuaca cerah, mangsa banjir Terengganu menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Keadaan cuaca cerah sepanjang hari menyebabkan jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 2,130 orang berbanding 2,802 yang direkodkan pagi semalam. 

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 4 petang semalam, sebanyak 18 pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup menjadikan hanya 58 yang masih beroperasi di kesemua lapan daerah. 

Katanya, Marang kekal daerah tertinggi dengan 769 mangsa diikuti Setiu (294 orang), Besut (385 orang), Kuala Terengganu (139 orang), Dungun (190 orang), Kuala Nerus (218 orang), Kemaman (116 orang) dan Hulu Terengganu (19 orang).

“Beberapa PPS ditutup termasuk di Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Besut dan Kemaman. 

“Cuaca masih lagi cerah di seluruh daerah dan dijangka lebih ramai mangsa terjejas akan pulang ke kediaman masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini semalam. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya