Covid-19: 75 peratus pesawat MAS tidak terbang - Utusan Malaysia

Covid-19: 75 peratus pesawat MAS tidak terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 75 peratus daripada pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) tidak dapat diterbangkan akibat sekatan perjalanan kerana pandemik Covid-19 yang menyaksikan kapasiti dan pendapatannya terjejas.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, bagi mengatasi masalah kewangan Malaysia Aviation Group Berhad (MAGB) dan MAB, kerajaan akan mengadakan rundingan lanjut dengan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) bagi mengenal pasti hala tuju syarikat.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat, ia juga bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan kewangannya dan mengenal pasti penyelesaian strategik yang terbaik bagi syarikat penerbangan nasional itu.

“MAB kini beroperasi dengan kira-kira 75 peratus daripada pesawatnya tidak dapat diterbangkan akibat sekatan perjalanan dan turut menyaksikan kapasiti dan pendapatannya terjejas.

“Setakat 31 Ogos 2020, jumlah kecairan yang dimiliki oleh MAGB adalah kira-kira RM366 juta, selain kira-kira RM578 juta yang tersedia untuk digunakan daripada dana yang diperuntukkan oleh Khazanah,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan daripada Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berkenaan kemampuan syarikat Malaysia Airlines (MAS) dalam menangani krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya