PUTRAJAYA: Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 iaitu 435 kes dan daripada jumlah itu, 344 kes membabitkan kluster- kluster dan saringan kontak rapat.
Sabah pula menduduki tempat kedua dengan mencatatkan 333 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 131 kes.
Sehingga kini, terdapat 115 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 65 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala kes kematian sebanyak empat individu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,229 kes positif baharu yang menjadikan jumlah kes positif di Malaysia
sebanyak 83,475 kes.
Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 13,667 kes manakala enam kluster baharu dikesan.
“Sebanyak 191 kluster aktif dipantau dengan 52 kluster melaporkan pertambahan kes
pada hari ini.
“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok (103 kes), Kluster Seruling (93 kes) dan Kluster Rumah Merah (78 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE