Contohi Melaka bangunkan pengangkutan air sebagai produk pelancongan

Contohi Melaka bangunkan pengangkutan air sebagai produk pelancongan

MOHD. Yusof Latiff menunjukkan keratan akhbar mengenai kejayaan pelancongan di Sungai Melaka yang menarik ribuan pelancong setiap tahun dalam sidang akhbar di Georgetown, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Syarikat yang akan mengambil alih perkhidmatan feri ikonik negeri ini perlu mencontohi bagaimana pengangkutan air di Sungai Melaka dipromosikan sebagai salah satu produk pelancongan yang berjaya menarik ribuan pelancong setiap tahun.

Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Mohd. Yusof Latiff berkata, perkhidmatan feri sedia ada di negeri ini harus ditambah baik sebagai produk pelancongan dengan penawaran pakej-pakej menarik kepada pelancong.

Sebagai contoh, kata beliau, perkhidmatan feri boleh ditambah dengan pakej perkahwinan serta pakej mengelilingi kawasan laut dengan mengunakan feri atau pakej jamuan di atas feri.

“Perkhidmatan feri tidak lagi boleh bergantung sebagai satu perkhidmatan pengangkutan awam semata-mata kerana nilai sejarah feri sebagai produk pelancongan negara amat tinggi,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mengumumkan perkhidmatan feri sedia ada akan ditamatkan bermula 1 Januari depan yang mana kenderaan empat roda tidak lagi dapat menggunakan perkhidmatan tersebut.

Bermula tarikh sama juga, feri ikonik sedia ada hanya boleh digunakan oleh penunggang basikal dan motosikal manakala bot laju akan digunakan untuk membawa penumpang individu.

Bagaimanapun semalam, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz  di Dewan Rakyat berkata, PPSB akan disyaratkan untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang sudah menjadi ikon dan warisan di negeri ini buat masa ini.

Menurut Mohd. Yusof, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya juga disarankan memberi subsidi kepada perkhidmatan feri Pulau Pinang supaya boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan negara.

“Subsidi ini adalah untuk menampung kos-kos yang diperlukan bagi tujuan baik pulih dan memastikan feri berada dalam keadaan terbaik kepada para pelancong,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya pakej-pakej pelancongan baharu melibatkan perkhidmatan feri ditawarkan, harga tiket yang perlu dibayar oleh pengunjung juga perlu dipantau supaya tidak terlalu tinggi.

“Pada masa ini, pelancong dalam negara diberi keutamaan kerana pelancong dari luar negara masih belum dibenarkan memasuki negara ini.

“Oleh itu, harga pakej-pakej pelancongan yang dirangka melibatkan feri haruslah mampu milik dan bersesuaian dengan pendapatan rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya