COMB cari orang perlu bantuan, juga bapa tunggal - Utusan Malaysia

COMB cari orang perlu bantuan, juga bapa tunggal

ZAITON Ismail (dua dari kanan) menziarahi mangsa langgar lari, Muhammad Israf Izzuddin Arbain yang terlantar sakit sambil diperhatikan oleh bapanya, Arbain Ramli (kanan) di rumahnya di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Johor akan melancarkan program Cari Orang Memerlukan Bantuan (COMB) dalam memastikan tiada rakyat tercicir daripada menerima bantuan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Zaiton Ismail berkata, pencarian COMB akan dibuat menerusi jabatan-jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah portfolionya.

Katanya, buat masa ini seramai 49,570 penerima bantuan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negeri.

“Inisiatif COMB ini bukan sahaja tertumpu kepada bantuan bulanan tetapi untuk peningkatan ekonomi. Ini kerana mungkin ada ibu tunggal, golongan B40 dan warga tua yang memerlukan kemahiran dan peralatan.

“Walaupun di bawah portfolio wanita, tidak ketinggalan menerima bantuan ialah golongan bapa tunggal. Bapa tunggal ini layak menerima manfaat di bawah Skim Bantuan Kanak-kanak bagi anak mereka yang masih bersekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat penuntut Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Muhammad Israf Izzuddin Arbain, 19, yang terlantar dan hilang ingatan selepas kemalangan di kediamannya di Taman Cahaya Masai di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya