Cerun runtuh di jalan Kampung Tuit bakal dibaik pulih   - Utusan Malaysia

Cerun runtuh di jalan Kampung Tuit bakal dibaik pulih  

Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar sedia membaik pulih laluan jalan di Kampung Tuit di Jerantut, Pahang yang rosak akibat kejadian cerun runtuh baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kerja pembaikan dijangka bermula tahun depan tertakluk kepada kelulusan peruntukan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Bagi kerja penyenggaraan pembaikan cerun dapat dilaksanakan secara berkala, kementerian telah mohon peruntukan sebanyak RM38.9 juta,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa, insiden cerun runtuh yang disiarkan media pada 6 Disember lalu, berlaku semasa proses rundingan pewartaan sebelum diserahkan kepada pihak JKR Pahang.

Jalan terlibat itu merupakan jajaran dari Kampung Pagi menuju ke Kampung Mat Daling dan sebahagian daripada enam fasa projek Program Jalan Luar Bandar di bawah kementerian.

Ia menelan belanja hampir RM1.1 bilion dengan jarak keseluruhan sejauh 107 kilometer yang menghubungkan Kuala Tahan sehingga Kampung Pasir Raja di Hulu Dungun, Terengganu.

“Dua fasa telah siap sepenuhnya iaitu fasa 1 pada 26 Oktober 2015 dan fasa 2 pada 30 Jun 2018 serta menerima sijil penyiapan masing-masing pada 2017 dan 2018,” kata Abdul Latiff.

Kementerian tersebut ujar beliau, akan bekerjasama dengan JKR negeri itu bagi kerja baik pulih jalan baharu terbabit yang diwujudkan untuk memendekkan laluan berbanding jalan lama. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya