Cadang RM500 kepada Media Melaka - Utusan Malaysia

Cadang RM500 kepada Media Melaka

SEBAHAGIAN pengamal media yang membuat liputan pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan hari ini mencadangkan kerajaan negeri memberi bantuan secara ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada pengamal media yang terlibat secara langsung membantu kerajaan negeri menyalurkan maklumat berkaitan Covid-19.

Nor Azman dari Barisan Nasional (BN) mengemukakan cadangan tersebut ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14.

“Kalau kita tengok pada zaman pandemik Covid-19, kerjasama dan pengorbanan petugas barisan hadapan di Melaka seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), petugas Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan agensi-agensi lain amat membanggakan.

“Namun, kita macam terlepas pandang peranan golongan pengamal media yang juga berkorban membantu kerajaan negeri menyampaikan maklumat berkaitan Covid-19 kepada rakyat Melaka secara amnya,” katanya di sini hari ini.

Ujar Nor Azman, media juga merupakan golongan penting yang turut berada di barisan hadapan sama seperti agensi-agensi kerajaan yang lain.

“Saya mohon Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali ambil perhatian kepada 90 pengamal media yang masih aktif di negeri ini menerusi dua kelab yang sah iaitu Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika) dan Persatuan Wartawan Melaka (MJA),” tambahnya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya