Buruh binaan wanita maut dihempap konkrit - Utusan Malaysia

Buruh binaan wanita maut dihempap konkrit

MAHRIDEH disahkan mati di tempat kejadian akibat dihempap konkrit yang runtuh di tapak pembinaan di Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Buruh binaan wanita maut selepas dihempap dinding konkrit di tingkat dua sebuah tapak projek perumahan di Durian Tunggal di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Mahrideh, 35, warga Indonesia maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, mangsa dipercayai sedang membuat kerja di kawasan itu sebelum konkrit tersebut secara tiba-tiba runtuh dan menimpanya. 

“Hasil siasatan awal, konkrit tersebut runtuh selepas dilanggar acuan besi yang berbuai ekoran angin kuat ketika sedang dialihkan oleh sebuah kren di kawasan pembinaan tersebut. 

“Akibat insiden itu, seorang buruh wanita maut dihempap konkrit tersebut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut, Arshad berkata, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di bahagian tingkat bawah. 

“Pemeriksaan di lokasi tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya