Bomba berdepan cabaran pindah 126 mangsa - Utusan Malaysia

Bomba berdepan cabaran pindah 126 mangsa

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Jalan sempit, hujan lebat dan keadaan gelap merupakan antara kekangan yang terpaksa dihadapi pasukan penyelamat untuk memindahkan 126 mangsa termasuk sembilan pesakit kronik di Kampung Tanjung, Bukit Mentok, awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd. Zailani Abdullah berkata, kesemua mangsa daripada 34 keluarga itu  dipindahkan kira-kira pukul 1 pagi berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat. 

Katanya, kediaman penduduk mula dinaiki air sejak tengah malam dan pihaknya mengambil inisiatif memindahkan penduduk lebih awal ekoran bimbang berlaku kenaikan air secara mendadak. 

“Kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa dilakukan anggota bomba dan polis dengan menggunakan bot untuk ke rumah penduduk sebelum membawa mereka dengan menaiki lori ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok. 

“Mujurlah kita dibantu penduduk yang mahir selok-belok jalan di kampung itu,” katanya kepada pemberita hari ini. 

Mohd. Zailani berkata, kerja-kerja pemindahan penduduk Kampung Tanjung selesai pada pukul 4 pagi. 

Seorang penduduk, Ismail Mamat, 56, yang berkerusi roda berkata, ini merupakan pengalaman pertamanya berpindah dengan diusung pasukan penyelamat. 

“Sudah lima tahun rumah saya tidak banjir, sebelum ini pernah berpindah tetapi pada masa itu saya masih sihat dan tidak menghidap strok. 

“Mujur bomba dan polis membantu proses pemindahan sebab ahli keluarga tidak larat kudrat untuk mengangkat saya,” katanya yang turut mengidap penyakit paru-paru berair, kencing manis dan jantung. 

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tanjung Ishak Abdul Rahman berkata, sembilan pesakit kronik yang dipindahkan kemudian ditempatkan di bilik khas bagi memudahkan mereka mendapatkan rawatan daripada pegawai kesihatan di PPS tersebut.

“Kita berterima kasih kepada anggota penyelamat yang membantu memindahkan mangsa banjir di kampung ini terutaman warga emas, kanak-kanak dan pesakit kronik,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya