Boleh kemukakan SD kepada YDPA jika ada jumlah majoriti

Undi tak percaya Muhyiddin: Boleh kemukakan SD kepada YDPA jika ada jumlah majoriti

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan terbuka kepada mana-mana Ahli Dewan Rakyat untuk mengemukakan akaun berkanun (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya mempunyai sokongan majoriti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia bukti kerajaan sentiasa berpegang kepada prinsip demokrasi.

Malah katanya, Ahli Dewan Rakyat tiada halangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya mahupun usul percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Usul sedemikian perlu teratur dan mematuhi Peraturan Mesyuarat 26(1) dan 27(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Usul ini juga tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 14 dan 15, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat mengenai susunan Aturan Urusan Mesyuarat dan peruntukan bagi mendahulukan Urusan Kerajaan.

“Oleh itu, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 15(1) Peraturan peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.Sehubungan itu, urusan-urusan lain termasuk usul persendirian yang turut terdiri daripada usul tidak percaya dan usul percaya hanya akan dibahaskan selepas semua urusan Kerajaan selesai,” katanya dalam sesi Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan bilakah 25 usul tidak percaya dan dua usul undi percaya kepada Ahli Parlimen Pagoh dapat dibentangkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN