BN sebulat suara calonkan Saarani sebagai MB - Utusan Malaysia

BN sebulat suara calonkan Saarani sebagai MB

Calon PRK Slim
SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung pelantikan Menteri Besar Perak yang baharu.

Dalam hantaran terbaharu dalam laman Instagram miliknya, Shahrulzaman berkata, semua ADUN UMNO Perak sudah sebulat suara mencalonkan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar.

“Kami semua ADUN UMNO dan BN telah secara konsensus mencalonkan Datuk Saarani, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak sebagai Menteri Besar Perak.

“Saya mohon untuk kita semua tidak membuat apa-apa spekulasi lagi dan kita serahkan kepada kebijaksanaan Sultan Perak untuk mempertimbangkan siapa yang mempunyai majoriti mudah untuk dipilih menjadi MB Perak,” katanya.

Beberapa media sebelum ini melaporkan, tiga nama dipertimbangkan untuk jawatan Menteri Besar Perak iaitu, Saarani yang juga ADUN Kota Tampan; bekas Menteri Besar yang juga ADUN Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Shahrul Zaman.

Sharul Zaman berkata, ibu bapanya sentiasa mengingatkan dirinya untuk sentiasa berpegang kepada konsep reda, usaha dan tawakal kepada Allah.

“Kita perlu kembali kepada asas, we are here to serve the rakyat in any capacity that we have (kita di sini untuk berkhidmat kepada rakyat dalam apa sahaja kapasiti yang kita ada). Kita jaga petak kita masing-masing,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya