BN perlu pertimbang penyertaan parti rakan - Utusan Malaysia

BN perlu pertimbang penyertaan parti rakan

MOHAMAD Hasan (kanan) menerima resolusi yang diserahkan oleh R.S Thanenthiran pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-12 Parti Makkal Sakti Malaysia di Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) perlu membina kekuatan baharu termasuk menerima penyertaan beberapa parti politik yang sebelum ini menjadi rakan kepada parti itu.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, BN tidak lagi boleh bersifat eksklusif dan beliau secara peribadi berpendapat penglibatan lebih banyak parti akan menambah kekuatan kepada BN.

“Kita mesti bersifat inklusif, tidak boleh eksklusif lagi, jika ditanya, pandangan peribadi saya lebih banyak bersepakat di bawah payung BN itu lebih baik kerana masing-masing mempunyai kekuatan yang  dikumpulkan akan menjadi kekuatan yang besar.

“BN perlu membina kekuatan baharu kerana BN sudah kalah pada PRU-14, amalan-amalan dan sikap sebelum ini perlu diubah suai, apa dasar-dasar dan asas BN perlu dikaji semula supaya yang penting dua hala tuju yang perlu kita buat iaitu perkasakan parti dan susun strategi untk menang PRU-15,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-12 Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) di Nilai dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R.S Thanenthiran.

Mesyuarat agung berkenaan yang dihadiri 753 perwakilan dari seluruh negara turut meluluskan tiga resolusi iaitu menjadi parti komponen BN, bertanding di bawah payung BN pada PRU-15 dan mengenai kesejahteraan masyarakat India di Sabah.

Mengulas mengenai resolusi tersebut, Mohamad menjelaskan perkara itu perlu diputuskan oleh kepemimpinan tertinggi dalam BN.

“Satu permohonan yang mereka (Makkal Sakti) lakukan sudah lama, mereka merupakan parti rakan BN bukan berstatus komponen lagi, tapi asas pertimbangan perlu diberikan kerana Makkal Sakti ini merupakan parti yang telah lama bersama membantu BN baik semasa kerajaan dan bukan kerajaan.

“Saya yakin pertimbangan boleh dilakukan oleh jawatankuasa tertinggi BN, mengenai permohonan Makkal sakti ini, ada juga parti lain dan rakan lain menyatakan kehendak yang sama. Saya berpandangan lebih banyak parti bersama lebih memberikan kekuatan kepada BN tetapi terpulang kebijaksanaan kepemimpinan BN di peringkat tertinggi,” katanya.

Semasa berucap pada majlis berkenaan, Thanenthiran berkata, Makkal Sakti bersedia untuk meletakkan calon mereka pada PRU-15 dengan mewakili BN di tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO menjelaskan, BN tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) kerana BN akan bangkit pada PRU-15 akan datang.

“BN telah membuat keputusan untuk menyokong PN hanya sehingga PRU-15, kerajaan PN dan parti PN dua perkara berbeza. Kita tidak sertai PN sebab sudah ada BN, sebab kita yakin BN boleh bangkit,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya