Bersatu ucap terima kasih kepada Gerakan - Utusan Malaysia

Bersatu ucap terima kasih kepada Gerakan

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bersatu mengucapkan terima kasih kepada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) kerana bersama mempertahankan Menteri Besar Perak dalam pengundian usul undi percaya semalam.

Setiausa Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, salah seorang daripada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas yang menyokong Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu adalah ADUN Buntong, Sivasubramaniam yang mewakili Gerakan.

“Sehubungan itu, Bersatu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Gerakan kerana bersama mempertahankan kepimpinan Menteri Besar Perak dalam pengundian usul tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Bersatu menyatakan kekesalan dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Dalam mesyuarat Biro Politik parti itu bersama Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kepemimpinan Bersatu mengambil maklum bahawa usul keyakinan majoriti ADUN terhadap Ahmad Faizal ditolak oleh UMNO dan Pakatan Harapan (PH).

Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada ADUN Perak dalam undi usul percaya terhadap beliau.

Dalam undian 59 ADUN, sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya manakala satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru daripada UMNO, Abd. Manaf Hashim. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN