Bersatu Perak belum mohon menghadap Sultan Perak - Utusan Malaysia

Bersatu Perak belum mohon menghadap Sultan Perak

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak belum memohon untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung pelantikan menteri besar negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya juga tidak menerima makluman titah untuk menghadap Sultan Perak.

“Bersatu Perak sehingga kini masih belum memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu pelantikan Menteri Besar Perak.

“Dalam pada itu, Bersatu Perak juga ingin memaklumkan bahawa kami tidak menerima makluman titah untuk menghadap Sultan Perak secara rasmi seperti mana yang dilaporkan oleh media massa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya