Berparti liar walaupun kes Covid-19 meningkat - Utusan Malaysia

Berparti liar walaupun kes Covid-19 meningkat

PENGUNJUNG ditahan polis dalam Ops Noda di Jalan Bakak, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN : Meskipun daerah ini mencatatkan jangkitan Covid-19 membimbangkan, namun terdapat pihak yang leka dengan mengadakan parti liar semalam.

Terbaharu rumah tumpangan di Jalan Bakak di sini diserbu polis dalam Ops Noda kerana mengadakan parti liar sekali gus berjaya menahan tujuh individu termasuk dua wanita.

Dalam kejadian pukul 9.47 malam itu, sepasukan polis terpaksa memecahkan pintu premis tersebut setelah pelanggan cuba menyorok dan bersembunyi di bahagian belakang premis berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, bertindak atas maklumat orang awam, polis telah menyerbu rumah tumpangan terbabit.

Katanya, semasa serbuan dilakukan, didapati premis terbabit dalam keadaan gelap dan terdapat pelanggan berhibur sambil minum minuman keras di dalam premis yang berkunci itu.

“Setelah memperkenalkan diri, polis mendapati semua pengunjung melarikan diri ke bahagian belakang premis dan pihak polis telah mengambil tindakan memecahkan pintu premis terbabit.

“Polis terpaksa memecahkan pintu premis sebelum menahan lima lelaki dan dua wanita tempatan berusia 40 hingga 60 tahun yang berada di dalam premis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustafa berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas satu pembesar suara, dua mikrofon, seunit pemain cakera padat, lampu disko dan wang tunai sebanyak RM200 di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Pontian.

“Pemilik premis turut ditahan atas kesalahan menjalankan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen di bawah Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (EHDTH) 4/98 Johor.

“Pengunjung premis pula dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya