Belanjawan Perlis catat sejarah, semua ADUN sokong penuh - Utusan Malaysia

Belanjawan Perlis catat sejarah, semua ADUN sokong penuh

SEMUA 15 wakil rakyat kerajaan dan pembangkang mengangkat tangan menyokong penuh Belanjawan Perlis 2021 dalam sidang DUN Perlis di Kompleks DUN Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Buat pertama kalinya dalam sejarah negeri ini, Belanjawan Perlis 2021 diluluskan dengan mendapat sokongan penuh termasuk dalam kalangan wakil rakyat pembangkang.

Selain 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua dari Pas menerusi gabungan Muafakat Nasional (MN), tiga wakil rakyat pembangkang dari PKR iaitu ADUN Sena, Asrul Nizan Abdul Jalil; ADUN Kuala Perlis, Nor Azam Karap dan ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling senada mengangkat tangan menyokong belanjawan tersebut.

Meskipun tidak memberi sebarang kesan kepada belanjawan jika tidak mendapat sokongan wakil rakyat pembangkang, namun secara tidak langsung sokongan berkenaan memberi gambaran kesepakatan kerajaan dan pembangkang demi kepentingan rakyat di negeri ini.

Malah, kerajaan negeri juga buat pertama kalinya bersetuju memberi peruntukan kepada DUN di kawasan pembangkang iaitu amalan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man ketika ditemui pemberita menzahirkan rasa cukup gembira dengan perkembangan tersebut apabila kerajaan negeri dan pembangkang menunjukkan kesepakatan yang baik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya