Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa: Zuraida selamat - Utusan Malaysia

Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa: Zuraida selamat

ZURAIDA KAMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi undi belah bahagian.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan undian berkata, sejumlah 106 undi menyokong, 96 tidak bersetuju manakala 18 Ahli Parlimen tidak hadir.

Undian belah bahagi dijalankan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong supaya RUU itu diputuskan menerusi kaedah itu.

Terdahulu, Dewan Rakyat tidak meluluskan usul pembangkang untuk memotong peruntukan sebanyak RM8,627,200 berhubung program Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) dalam Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa sesi ucapan penggulungan Menterinya, Zuraida Kamaruddin.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua, Datuk Mohd. Rashid Hasnon selepas diputuskan melalui undian suara majoriti dan dibahas oleh lapan Ahli Parlimen kerajaan serta pembangkang.

Usul itu dibangkitkan empat Ahli Parlimen pembangkang iaitu Chang Lih Kang (PH-Tanjong Malim), Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai), Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) dan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran).

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerima peruntukan sebanyak RM5.368 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya