Bayi perempuan masih bernyawa di buang dibelakang rumah - Utusan Malaysia

Bayi perempuan masih bernyawa di buang dibelakang rumah

BAYI perempuan yang masih bernyawa ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Delek Kanan, Sungai Udang, Klang, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tidak berperikemanusiaan. Itulah yang boleh digambarkan terhadap individu tidak bertanggungjawab apabila tergamak membuang bayi perempuan yang diletakkan di belakang sebuah rumah di Kampung Delek Kanan, Sungai Udang di sini hari ini. 

Bayi perempuan yang masih bernyawa dan terdapat tali pusat beserta uri itu ditemukan seorang kanak-kanak lelaki sebelum memaklumkannya kepada pemilik rumah tersebut kira-kira pukul 12.08 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, bayi itu telah dibalut dengan kain batik dan bertuala.

“Kita dapati tali pusat bayi perempuan ini dan uri berada bersamanya. Kita tidak menemukan sebarang dokumen termasuk sijil kelahirannya.

“Kita percaya bayi ini baharu dilahirkan dalam beberapa jam berdasarkan uri dan tali pusatnya yang masih basah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya Shamsul Amar, bayi perempuan itu telah dibawa ke  Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menerima rawatan lanjut.

“Pemeriksaan awal pegawai perubatan hospital di tempat kejadian mendapati fizikal bayi dalam keadaan normal serta stabil. 

“Kita kini sedang giat mengesan suspek yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya